Lebih 60 peratus rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah di negeri Selangor berdepan dengan masalah penyelengaraan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata masalah itu sepatutnya diuruskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.
"Majoriti penduduk mempunyai masalah, di mana tempat saya pergi semua ada masalah lif di bangunan bertingkat.
"Dalam Facebook saya, mereka mengadu, banyak jawatankuasa penduduk jemput saya turun padang untuk melihat kawasan, jadi saya kena pergi dari satu tempat", katanya ketika membuat lawatan ke Flat PKNS Taman Tasek Tambahan Ampang di sini, hari ini.
Noh juga menyuarakan kekecewaan terhadap kelemahan pemerintahan negeri yang menjadi punca kemerosotan kualiti penyelenggaran bangunan PPR dan rumah kos rendah.
Beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengarahkan PBT negeri kerana bidang kuasanya terletak di bawah kerajaan negeri.
"Yang boleh menyelaras dan menguruskan rumah PPR dan pangsapuri adalah tanggungjawab PBT, jadi kalau PBT negeri Selangor, saya tiada kuasa penuh.
"Segala tindakan PBT akan diputuskan oleh ahli majlisnya yang terdiri daripada orang politik," katanya.
Pada majlis itu, Noh telah meluluskan peruntukkan RM400 ribu ringgit bagi urusan penyelenggaran flat PKNS.
Setakat ini, lebih 600 ribu penduduk mendiami rumah PPR dan rumah kos rendah di negeri Selangor.
Antara masalah yang seringkali dihadapi penduduk rumah PPR dan rumah kos rendah itu termasuk bumbung bocor, lif rosak, saluran paip tersumbat dan masalah sampah yang tidak terurus.
Anthea Yap
Sun Oct 09 2016
Noh juga menyuarakan kekecewaan terhadap kelemahan pemerintahan negeri yang menjadi punca kemerosotan kualiti penyelenggaran bangunan PPR dan rumah kos rendah. - Gambar Astro AWANI
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Tiga lelaki warga Nepal ditahan disyaki bergaduh
Noor Dellhan berkata, mangsa dipercayai mabuk dan membuat kacau sehingga dirinya dipukul sekumpulan lelaki.
Flat PKNS terbakar, lelaki ditemukan rentung
Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan empat unit rumah di Flat PKNS, Jalan Tun Razak.
Tanah mendap: Lima lagi penghuni Flat PKNS dipindah - APM
Terdahulu, 15 keluarga melibatkan 62 penduduk dipindah dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Kg. Bharu Jalan Hamzah susulan kejadian tanah mendap yang dikesan lewat Khamis.
Objek disyaki janin ditemukan dalam longkang Flat PKNS
Satu objek yang disyaki janin manusia dijumpai di dalam longkang di sebuah blok Flat PKNS SS8, Petaling Jaya di sini, semalam.